Monday, November 14, 2011

WHAT IS UNITED BORNEO FRONT (UBF)?

UNITED BORNEO FRONT (UBF)

UBF adalah satu gerakan kumpulan pendesak dan hak-hak sivil dan akan bergabung dengan mana-mana jua parti politik, organisasi, dan individu yang mempercayai perjuangan ini dan kepada mereka yang boleh membantu atau memenuhi matlamat, tuntutan dan agenda ini. Kita berdiri di atas pemikiran waras, logic dan apa yang berpatutan kepada rakyat Borneo.

Fungsi dan Peranan – Memperkasakan rakyat Borneo dengan mengajar mereka sejarah politik ekonomi; hak-hak dan tanggungjawab, dan menanam semangat perjuangan untuk keadilan.

Visi – Negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak bebas berotonomi politik, demokratik, teguh dan mempunyai ekonomi yang maju di Malaysia.

Misi - Menghapuskan corak pemerintahan penjajah dan mengembalikan hak-hak dan hak-hak istimewa dan status negerip-negeri Borneo sebagai rakan kongsi yang sama taraf dalam Persekutuan.

Matlamat Utama – Menentukan Perjanjian Malaysia termasuk 20/18 Perkara, syarat, jaminan dan kenyataan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman, kandungan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee (IGC)) dan Suruhanjaya Cobbold dihormati dan dilaksanankan seperti mana dijelaskan dalam Perkara 8 Perjanjian Malaysia 1963.

AGENDA BORNEO:

Agenda Borneo No. 1

Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan "mekanisma mematuhi Perjanjian Malaysia 1963" dibentuk melalui Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;

Agenda Borneo No. 2

Menuntut supaya formula pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;

Agenda Borneo No. 3

Menuntut supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo, dimansuhkan;

Agenda Borneo No. 4

Menuntut supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;

Agenda Borneo No. 5

Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak;

Agenda Borneo No. 6

Mengatasi masalah pendatang tanpa izin (PTI)/"Projek IC", permasalahannya dan menggugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukum ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;

Agenda Borneo No. 7

Mengkaji kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak milik rakyat tempatan.

No comments:

Post a Comment