Monday, November 14, 2011

JOHN AMBROSE ORANG PINTAR

Persatuan KDM Malaysia.

Mengikut Datuk John Ambrose, dia menubuhkan KDM Malaysia kerana pada pendapat dia tiada organisasi KDM pada masa ini yang betul betul ingin membantu kaum KDM supaya maju dalam semua bidang terutama dalam bidang ekonomi, pelajaran dan politik.

Tindakan John Ambrose ini membawa kepada soalan : Apakah tujuan penubuhan parti PBS, PBRS, dan UPKO? Adakah parti-parti ini telah gagal membela nasib rakyat KDM dalam BN dan perlu diganti?

Kenapa NGO lebih penting, lebih sesuai dan lebih efektik daripada parti politik untuk meminta ‘assistances’ dari kerajaan BN untuk membangunkan bangsa KDM,….sehingga KDM Malaysia perlu ditubuhkan? Di mana Ambrose mahu letakan peranan KDCA dan KCCI?

Dan jika benar persatuan serupa KDM Malaysia ini amat perlu bagi setiap kaum di Sabah, adakah selepas ini kaum-kaum lain juga akan menubuhkan persatuan masing-masing seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Bugis, Suluk, Kedayan, Bisaya, Barunei umtuk memudahkan kaum-kaum ini menerima ‘assitances’ dari kerajaan BN?

Dari mana John Ambrose dapat idea berkenaan? Adakah kaum Melayu di semenanjung telah menubuhkan Persatuan Melayu Malaysia untuk meminta assistance daripada kerajaan BN?

Biris mencadangkan di sini supaya presiden parti-parti PBS, UPKO, dan PBRS meminta penjelasan dari Datuk John Ambrose kenapa parti mereka dan tugas mereka sebagai wakil rakyat yang sah tidak lagi sesuai atau berkesan meminta ‘assistance’ daripada kerajaan BN.

Biris merasakan bangsa KDM ini telah dipergunakan, diperbodohkan oleh orang KDM sendiri yang terlalu pintar. Orang pintar KDM ini mahukan bangsa KDM sentiasa menganggap diri mereka lemah, rendah taraf, bodoh dan menggesa mengamalkan hidup sebagai peminta sedekah(dan merayu kepada kerajaan BN) sahaja selama-lamanya di Negara Malaysia ini. Adakah bangsa KDM sudah kehilangan hak ke atas sumber negeri Sabah ini?

“Ambrose kata KDM Malaysia ini ‘is not doing politics’, tapi dia sendiri adalah ketua bahagian Umno Penampang,” -- Biris

By Birispunya Biris in UBF-AGENDA BORNEO

No comments:

Post a Comment