Monday, November 14, 2011

AMANAH sambung nyawa UMNO

Semalam, saya bersama beberapa aktivis UBF berkesempatan berBorneo Tea Party bersama seorang pemimpin politik veteran tempatan bergelar Datuk dari BN, walau secara impromptu tetapi telah membuka minda beliau untuk memahami dan menyokong perjuangan UBF, sehingga beliau sendiri meminta supaya diambil gambar bersama dengan kami sambil beliau memegang dan mengangkat badge UBF, tetapi kemudian beliau meminta supaya gambar kami itu tidak dipostkan dalam Facebook. Kami bersetuju..

Herannya, beliau menyatakan lebih berkeyakinan menyokong Angkatan Amanah Malaysia (AMANAH) dengan alasan AMANAH adalah sebuah NGO di peringkat kebangsaan. Melalui kesempatan ini, saya kongsikan pendapat peribadi saya mengenai dengan AMANAH. Pada saya AMANAH ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelamatkan UMNO yang sudah menemui jalan buntu akibat kerenah PERKASA, sehingga telah menimbulkan kebencian meluap bukan sahaja dari masyarakat bukan-Melayu tetapi dari kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. Pendeknya, AMANAH ditubuhkan oleh Tengku Razaliegh Hamzah, seorang pemimpin veteran dalam UMNO, untuk meraih kembali sokongan masyarakat Melayu dan cuba untuk memancing sokongan masyarakat “Lain-Lain” di Sabah dan Sarawak melalui umpanan “mengembalikan janji-janji dan jaminan-jaminan Tunku Abdul Rahman semasa pembentukan Malaysia”, selari (meniru?) Agenda Borneo No.1, untuk menyelamatkan parti cinta hati sehidup-sematinya daripada tersungkur dalam PRU13 nanti. Datuk veteran ini kelihatan terpegun dan tersenyum.. kemudian beliau mengajak kami ke tempat lain yang lebih ‘selesa’ untuk sambung cerita.. bukan di kedai kopi..

Datuk Welfred Mojilip Bumburing telah menolak untuk mengetuai AMANAH di Sabah dengan alasan sudah menjawat salah satu daripada jawatan Timbalan Presiden Amanah di peringkat kebangsaan. Semasa Borneo Tea party di Kg Dungkahang, Penampang baru-baru ini, saya berkesempatan bercerpen dengan Tan Sri Simon Sipaun dan beliau menyatakan menolak cadangan supaya beliau mengetuai AMANAH Sabah dengan alasan ‘sibuk’ dan sudah menganggotai banyak NGO lain. Beliau berpendapat “AMANAH will subsequently turn into a political party..”, secara tidak langsung bersetuju dengan andaian yang saya kemukakan lebih awal.

Dalam perhimpunan AMANAH di Kelab Sukan dan Rekreasi Tamparuli pada Sabtu lepas (12 Nov 2011), timbul desas-desus mengatakan Tan Sri Haris Salleh akan mengetuai AMANAH Sabah dan Datuk Monggoh Orow sebagai Timbalannya. Kelibat Berman Angkap menimbulkan spekulasi bahawa Haris sekali lagi akan menunggang BERSEKUTU atau dengan nama barunya Sabah People Front (SPF) berlandaskan perjuangan AMANAH untuk turut berlakon dalam filem “PRU13” arahan KuLi, dibiayai oleh UMNO sebagai salah satu usaha untuk “menyelamatkan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun..”.

Nampaknya, aspirasi rakyat Sabah untuk lawan UMNO/BN 1 vs 1 dalam PRU13 tidak akan kesampaian, bermakna Sabahan harus membulatkan tekad supaya walau 1001 satu penjuru tapi hanya akan memilih calon dari parti politik yang membawa obor Agenda Borneo. Mungkin ada yang bertanya, parti apa? Tunggu 1 Januari 2012..

Adakah anda melihat apa yang saya nampak?.. fikir-fikirkan lah..

by Tony Minggir on Tuesday, November 15, 2011 at 12:31pm

No comments:

Post a Comment