INI CONTOH PENGHINAAN

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 3.30 petang.
Pemangku Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, pihaknya menyedari kewujudan blog berkenaan selepas menerima maklumat daripada rakannya, semalam.
Beliau berkata, laporan itu dibuat kerana bukan sahaja menghina malah tidak bertanggungjawab, tidak bermoral dan bersifat perkauman.
"Blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar serta salah satu karikatur yang menghina Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.
"Tindakan pemilik blog berkenaan memaparkan imej berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan pengecut," katanya sambil berharap pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pemilik blog berkenaan.
No comments:
Post a Comment