Sunday, July 12, 2009

Kalau Mahu Hidup Goyang Kaki,Jadilah Orang Kaya,Kalau mahu jadi Orang Kaya Mana boleh Goyang Kaki.


Kebanyakan orang kita sekarang ingin menjadi KAYA EXPRESS dengan cara apa sahaja yang boleh di kira megandakan wang poket,Malahan ada yang sanggup menjual tanah pusaka yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.Tetapi topic yang ingin saya perbincangkan sini adalah tentang Pelaburan Skim Cepat Kaya,ramai diantara orang kita yang menjadi mangsa skim ini.Sehinggakan ada yang sanggup keluarkan beribu-ribu ringgit dari pada simpanan untuk pelaburan ini.
Setahun lepas ada antara rakan saya yang mengikuti aktiviti ini sehinggakan dapat membawa kereta mewah dalam masa beberapa bulan sahaja,tentu sahaja menghairankan bagaimana duit itu boleh digandakan sehingga 10 kali ganda duit yang dilaburkan.Ini menjadi satu tanda tanya?.Ada pula tu seorang pelajar 19 tahun suda menjadi jutawan.Hairan bin Bingugug..,Pelaburan ini pula tidak boleh ketahui siapakah kepalanya(up-line),untuk melabur pula caranya hanya masukkan dalam nombor account yang diberi dan tunggu sehingga beberapa bulan.he he he..begini punya pelaburan pun ada juga yang percaya.Pada masa yang sama,selepas beberapa bulan keluarlah satu laporan di dalam akhbar megatakan skim itu telah di tutup dan melarikan diri,ramai pelabur yang rugi kerana megikut skim ini.sebenarnya teknik untuk menelan duit atau "CONMEN" ini sudah lama di ketahui sebelah barat.Sudah nasi menjadi bubur...duit telah hangus..,apa boleh buat.Jadi di sini pegajaran sebalik topic ini Kalau mahu hidup Goyang Kaki,Jadi Orang kaya,Kalau mahu Jadi Orang Kaya,Mana boleh Goyang Kaki.Tidak payah nak kejar semua kemewahan itu,Biarlah kemewahan yang akan megejar kita.

No comments:

Post a Comment